Tahukah Anda Tuala Wanita Biasa Diperbuat Daripada Serbuk Kayu Pulpa?

 Wednesday, 11 January 2012

Asssalamualaikum wbt


Sebenarnya, tuala wanita yang terdapat di pasaran bukanlah 100% kapas. Sebenarnya ia dihasilkan dari serbuk kayu pulpa yang dilunturkan menggunakan beberapa jenis bahan kimia sehingga bertukar menjadi warna putih. Ia diperbuat dan dilunturkan dengan sebatian klorin yang mengandungi sisa organo klorindan karsinogen yang diketahui - dioksin. EPA AS telah menamakan dioksin sebagai karsinogen paling berbahaya diketahui oleh sains. Kajian EPA pada tahun 1996 mengaitkan pendedahan dioksin dengan peningkatan risiko bagi endometriosis (jangkitan padalapisan uterus). EPA telah merumuskan bahawa orang yang mengalami pendedahan yang TINGGI terhadap dioksin mungkin berisiko menanggung kesan lain yang boleh: * Melemahkan sistem imun. * Meningkatkan risiko panyakit radangan pelvik. * Mengurangkan kesuburan dan kesukaran mendapatkan anak. * Berkemungkinan menganggu perkembangan janin dan kanak - kanak (bagi perempuan hamil). 

So bagi kaum hawa di luar sana, mahukah anda menghidapi penyakit-penyakit yang berbahaya di seawal usia 30-an. Marilah kita sama-sama mencari tuala wanita yang selain memberi jaminan kualiti terhadap penggunaan kita tetapi juga mampu memberi kesan kesihatan yang maksimum kepada tubuh kita.

0 comments:

Post a Comment

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP